My Blog


Monday, May 16, 2011

Catatan blog 15 Mei 2011

Aliya tidur dalam buaian malam tapi awal pagi dalam pukul 2-3 pagi Aliya tetiba menangis kaut juga lah. Babah dengan ibu yang tengah tidur ni terkejut lah. Ingat Aliya jatuh katil lagi. Taruma sangat sejak Aliya jatuh katil hari tu. Ooooo rupa rupanya Aliy atidur dalam buaian. Cuma terlupa yang Aliya dalam buaian. Tapi risau juga takut dalam buaian pun boleh jatuh kan. Tapi buat masa sekarang ni Aliya belum kuat lagi sangat.


Okay bila dengar Aliya menangis tu ibu babah bangun tengokk Aliya. Memang menangis tapi kejap saja. Mata pun dah buka. Aliya takut atau mengigau kot ni. Babah angkat Aliya dan peluk. Cium cium Aliya. Lepas tu babah bagi Aliy apada ibu pulak. Ibu peluk Aliya dan bawk baring. Ibu bagi Aliya menyusu. Ibu masih tak berapa sihat. Masih selsema dan batuk batuk. Ibu takut sangat berjangkit pada Aliya nanti. Okay Aliya bila dapat peluk ibu tu Aliya jadi ok lah. Tenang je. Tapi ibu babah risau juga. Akhirnya Aliya tidur semula atau babah bagi susu Ammum dulu baru Aliya tidur semula babah tak ingat..... :-)


Pagi tu lepas bangun tidur mandikan Aliya awal sebab Aliya pun macam nak tidur semula. Wan dengan atuknya nak keluar pergi KJ. Kursus HAJI. Lepas mandi ibu bagi susu pada Aliya. Lepas tu Aliya tidur semual. Tidur dalam buaian. Tak lama tidur sebab Aliya terjaga semula. Bising sebab babah buka grill kot. Babah kat kalau masa cuti ni busy je. Cuci baju lah. Babah kena buat semua sebab ibu dah penat melayan Aliya. Ibu pun kena jaga baby sama. Jadi babah tak kisah. Janji babah nak ibu Aliya dan baby ok. Sebelum terlupa malam tu ababg Aliya ada call babah. Internet problem...

Bila Aliya terjaga susah pulak nak tidur semula. Sampai tengah hari tak mahu juga tidur. Pukul 12 tengah hari ibu bagi Aliya makan Cerelac tapi Aliya makan tak habislah. Tak tau kenapa. Tapi tengok Aliya macam sihat. Risau juga babah ibu. Tapi Aliy aminum pulak banyak. Lepas makan Aliya masih tak mahu tidur juga. Bawa dalam bilik ibu pun Aliy atak mahu tidur. Angakt buaian masuk bilik pun Aliya kalau masuk dalam buaian tu Aliya menangis. Buka aircond pun Aliya macam tak selesa. Ibu tengok Aliya tak pulak *****. Ok je pampers. Pening babah inu dengan sikap Aliya hari ni. Tak macam Aliy ayang biasa biasa tu.


Ibu kira Aliya hanya tidur dalam 2 jam lebih je :-). Kiranya dari tengah hari tu babah ibu melayan Aliy a yang tak mahu tidur. Tapi babah sempatlah masak tengah hari tu. Pukul 1 tengah hari baru siap masak. Babah makan dul lepas tu ibu pulak. Masak ayam goren merah dengan peria goreng udang. Pukul 3 petang ibu cuba bagi Aliya makan juga tapi Aliy amasih makan sikit je. Check kembung Aliya tak kembung perut. Tapi Sepanjang lepas jaga dari tidur Aliy aasyik menangis je. Risau risau risau risau babah ibu...

Pukul 4 petang babah dengan ibu plan nak bawa Aliya keluar lah. Pergi jalan kat luar. Pergi rumah umi Aliya kat kawasan yang sama je. Dalam 10 minit samapi kalau guna kereta. Mana tau Aliya nak tengok dan rasa susana luar pulak. Ibu call umi. Umi kata ada kat rumah. Sambil tu kami sebenarnya melata suami umi yang tak berapa sihat juga. Dalam 1 minggu ni sakit kat muka.


Okay dah sampai rumah umi tu Aliya macam happy sangat. Banyak permainan yang Aliya boleh main. Lagi pun umi ramai anak. Jadi anak umi yang perempuan ni lah yang melayan Aliya bermain. Aliya happy sangat . Asyik ketawa ketawa je. Ibu Aliya sihat kan. Tengok tu... Aliya ceria je. Puas Aliya main kat rumah Umi

Okay sebenarnay pukul 530 petang umi ken akeluar 1 family sebab nak hantar anak ke asrama. Babah ibu pun balik rumahlah. Sampai rumah rupanya wan dengan atuk dan busu Aliya pun dah balik. Jeng jeng jeng....nanti semua panik bila Aliya menangis kuat

Bila sampai ruma ibu plan nak bagi Aliya makan sebab dah 530 petang dah ni. Masa tu Aliya dah staret menangis. Tapi tak kuat lagi. Ibu siapkan makanan, wan jaga Aliya. Ehh babah yang buatkan makanan ibu dengan wan jaga Aliya. Ibu tengah bercerita pada wan yang Aliya sepanjang hari ni lain perangainya. Aliya kurang makan dan asyik menangis. Bila makanan dah babah siapkan. Ibu bagilah makan Aliya tapi aliya makan sikit je dan Aliya menangis terlalu kuat. Semua risau. Babah ibu wan atuk busunya semua risau.


Masa Aliya menangis tu babah tengah cuci botol susu Aliya sebab 2 botol dah guna. Ingat nak standby air suam untuk Aliya. Bila Aliya menangis kuat wannya kata mandikan Aliya dulu sebab hari pun dah petang. Atuk nya pulak takut Aliya kena ganggu sebab baru balikdari rumah umi tu. Tapi ibu kata tak kot sebab dah biasa pergi sana dan balik pun awal.

Akhirnya wan mandikan Aliya. Aliya stop juga lah menangis tu. Tapi kekadang tu menangis tapi kejap kejap jel lah. Bila dah siap pakai baju selaur tidur Aliya stop menangis kuat semula. Atuk dah nak jampi dah. Jampi kunyit. Tapi babah mintak ibu bagi susu badan dulu. Mana tau Aliya haus. Ibu pun bagi susu badan dan akhirnya Aliya diam sampai ke malam. Siap tidur dengan ibu. Sedih babah dengan ibu bila tengok Aliya menangis kuat. Risau takut kesan dari jatuh katil tempoh hari.

Bila Aliya diam dan tidur lega babah ibu. Rasa bersyukur sangat sebaba Aliya menangis sebab haus sangat. Jadi Aliya lena tidurnya sampai pagi. Malam tadi babah tidur lewat sebab saja nak tengok keadaan Aliya. Emmmm elok je Aliya tidur dengan ibu nya. Alhamdulillah...semua kembali ok untuk keluarga kami...

Ulang semula ibu kira Aliya sepanjang 1 hari ahad tidur tak sampai 3 jam....

Bersambung............









2 comments:

  1. Alhamdulilah lega tgk aliya tido lena malam tuh... Risau jek siang tu asyik merengek jek tdo xnak mkn pun sket nyusu jek byk...Tapi siang td tepon wannye aliya dah byk mkn dah... lega ibu & babah.. time kasih mak jagakan aliya... muahss kat mak

    ReplyDelete
  2. Dan, ko bawa anak engkau pergi klinik x? Tapi kalau anak engkau masih boleh senyum-senyum macam biasa, insya-Allah tiada apa-apa. Kalau boleh, tidur atas tilamlah buat sementara ini. Tidak pun, beri anak engkau tidur tengah-tengah antara engkau dan isteri hang. Aku dulu masa Faqihah macam itulah. Alhamdulillah tiada apa-apa.

    ReplyDelete