My Blog


Friday, May 27, 2011

Aliya bangun pagi tadi lepas menyusu dan tidur terus tak mahu susu lagi...?????


Malam tadi Aliya tidur macam biasa lah dan bangun pun dalam pukul 1 pagi atau 2 pagi juga. Babah tak ingat sangat masa sebab babah mengantuk sejak semalam kerana tidur kurang. Selain melayan Aliya babah pun buat kerja rumah juga. Gosok pakain babah ibu untuk pakai kerja. Lagi pun semalam kerja babah banyak di pejabat. Tapi babah ok saja cuma mengantuk yang tak tahan tu. Semalam langsung babah tak gosok baju kerja dan pagar katil dengan kerusiseperti biasa tu. Entah terus tidur saja. Nasib baik Aliya tidur tak jatuh. Alhamdulillah.

Okay pagi agak pukul 1 pagi 2 pagi tu Aliya bangun dan merengek minta susu lah. Ibu bagi susu badan tapi Aliya hisap sekejap sekejap saja. Lantas ibu minta babah buatkan susu ammum 3oz. Babah pulak buat 4oz. Dah siap ibu bagi  Aliya susu. Mmmm habis Aliya minum susu 4oz tu. Haus sangat lah ni ibu cakap. Dah habis tu sebelum Aliya tidur semula ibu tukarkan pampers Aliya sebab bau macam Aliya *****/******* banyak sangat. Bila dah buka ringan pulak pampers tu. Tapi tak mengapalah dah patut tukar pun sebab dari petang tadi di kampung lagi mungkin pampers tu. Dah tukar Aliya mula lah golek sana golek sini. Tapi Aliya macam mengantuk. Ibu biarkan saja Aliya golek sana sini sebab ibu kata Aliya akan tidur sendiri. Babah pun biarkan saja sebab memang nampak Aliya pejam pejam mata dah. Nak tidur lah kejap lagi tu

Nak bagitau di sini Aliya dah kurang tidur dalam buaian bila malam. Asyik nak berpeluk dengan ibu ia saja. Tapi babah memang suka kalau Aliya berpeluk dengan ibu ia sebab nampak kasih sayang antara ibu dengan anak. Lagi pun masa tulah Aliya nampak comel je :-)

Oleh sebab katil dah di pagar dengan kerusi jadi babah tak risau sangat dah. Jadi sambil tengok tengok Aliya babah pun tertidur. Sebab Aliya dah stop golek dah mata pun pejam jadi babah ibu pun boleh tidur. Jadi akhirnya semua tidur. Tapi Aliya tak peluk ibu. Aliya tidur kat sebelah babah (Kaki). Takpelah cuma risau tertindih je. Babah letak bantal bucuk ia.  Tidur lah kami sampai pagi.

Babah pun tidur dalam 2 jam je hari ni sebab 430 jam dah bunyi sebab babah kena kerja outstation ke segamat. Kena siap awal. Mengantuk juga tapi terpaksa bangun sebab pakaian tak kemas pun. Malam nak kemas tapi penat dah. Lagi pun Aliya macam tak selesa malam tadi. Tapi bila ibu pujuk ia tidur Aliya tidur juga. Bangun terus cuci botol susu Aliya. Ibu pukul 530pagi pun bangun sebab ibu nak pergi pejabat awal sebab ibu kena drive sendiri. Takut jem kata ibu. Kelam kabut jugalah babah ibu bila sedang bersiap siap tu Aliya pulak bangun. Emmm ibu mintak wan ia jaga Aliya. Ibu minat babah buatkan susu ammum lagi 4oz sebab Awal pagi tadi Aliya bangun biasanya lepas minum susu botol Aliya akan menyusu dengan ibu. Tapi kali ni Aliya tak menyusu. Terus tidur macam tu je. Dah buat tu Aliy atak mahu minum. Di tolok tolaknya botol susu. Wan ia kata Aliya kalau baru bangun tidur tak mahu menyusu. Ingat nak tukar dengan air suam tapi babah tak sempat buat :-(

Tengok jam dah pukul 630pagi babah masih tak pergi lagi. Ibu pun sama. Mesti lewat keluar ni. Tapi Aliya punya pasal babah ibu kenalah berkorban. Babah pun sempat dukung Aliya sebelum Aliya tidur. Akhirnya wan masuk kan Aliya dalam buaian dan Aliya tidur tapi kejap merengek rengek bila tak ada sapa buaikan ia. Pukul 730pagi baru babah ibu pergi kerja. Babah ke segamat ibu ke kl. Jumpa di petronas sebab ibu nak isi minyak. Babah pulak pam tayar kereta babah. Ibu lepas isis minyak ibu terus ke ofis di kl. Babah pula ke segamat.

Inilah kisah waktu pagi Aliya babah dan ibu ia....:-)

Yang ni kisah waktu petang

Petang tadi ibu kata kena pergi Putrajaya ada meeting. Babah pula di segamat bermalam 1 hari. Tadi babah dapat tahu ibu meeting lama. Pukul 6 petang pun tak habis lagi. Aaaaaaaa....risau babah. Akhirnya ibu minta kebenaran balik awal. Dapat. Babah tadi call wan sebab nak tau keadaan Aliya. Aliya minum susu ok je. Aliya ***** 2 kali. Terlupa tanya pasal tidur.

Sekarang babah di hotel segamat ni. Sekarang pukul 726 malam. Baru je ibu bagutahu yang ibu baru saja sampai rumah. Sedang buka gate. Alhamdulillah semua nya baik buat keluarga kami....

Malam ni ibu dengan Aliya saja tidur. Babah tak ada kat rumah. ............

Inilah pengorbanan dalam mencari rezeki untuk keluarga babah....

Baru saja sebentar tadi dalam pukul 9:20 malam ibu call bagitau babah tentang Aliya. Aliya sedang menyusu masa ibu call babah. Ibu bagitau babah ibu tarik sendiri tilam dan letak bawah. Tilam dah lah berat. Babah bangga dengan ibu. Ibu kata Aliya tak banyak ragam siang tadi. Semua jadi senang. Masa ibu call babah bercakap dengan babah Aliya dengar je dan pegang hp tu. Aliya tau suara babah tapi tak nampak babah. Banyak yang ibu kena buat bila babah tak ada di rumah. Babah minta ibu tidurkan Aliya dulu supaya ibu boleh tidur. Kalau Aliya tak tidur ibu pun tak boleh tidur :-(. Semoga semua baik baik saja di rumah sana

Ibu ibu sabar ye. Esok babah balik...

1 comment:

  1. aliya senang jek jaga dia mlm td... tdo pun senang .. dia golek2 sendiri pastu tertdo... takde la meragam pun masa babah xde.. alhamdulilah.. senang jek ibu jaga dia....

    ReplyDelete