My Blog


Sunday, May 29, 2011

Catatan Ringkas blog 26 -27-28 Mei 2011...Tak sempat nak update blog

Catatan blog 26 Mei 2011

Malam

Ibu call babah bagitau Aliya ok saja. Aliya suka golek golek sana sini kat atas tilam. Tilam ibu letak di bawah. Ibu letak mainan sekali atas tilam tu. Teethter pun letak. Jadi ibu biarkan Aliya main sampai penat lalu tidur. Bila babah outstation ibu jadi sibuk melayan kerenah Aliya tu. Lasak saja Aliya sewaktu nak tidur malam

Untuk hari ini semuanya berjalan dengan baik buat kami sekeluarga



Catatan blog 27 Mei 2011

Disebabkan babah ada di Segamat jadi tak dapatlah babah tengok Aliya tidur lasak. Cuma ibu tak call babah selalu sebab Aliya perlukan perhatian. Babah tak kisahlah sebab babah memahami. Memang sejak dulu kalau babah outstation ibu tak call selalu sebab menjaga Aliya. Tapi kalau tak call pun ibu ada sms. Jadi babah tau lah apa perkembangan Aliya. Sejak malam pukul 8 ibu ada call sekali. Lepas tu tak ada sampai pagi. Babah tau mesti Aliya sedang menyusu dengan ibu. Hanya pukul 6 pagi ibu ada call bercerita tentang Aliya yang bangun awal sama dengan ibu. Selepas itu ibu bersiap nak pergi kerja.

1 hari tak dapat tengok ibu dan Aliya rasa tak best. Rindu lah babah ni pada ibu Aliya. Sbelum pergi kerja ibu ada bagitau babah ibu nak keluar dari rumah untuk ke ofis. Babah pulak keluar dari hotel pukul 7. So far tak ada sgt berita tentang Aliya sebab babah tiada di rumah 2 hari.

Pukul 8 pagi bermula kerja babah di segamat. Sampailah ke petang. Ibu tak ada call pulak. Habis kerja babah balik. Balik kira kira pukul 6 petang. And then babah singgah kat kedai di Segamat utk beli stiker Baby on Board. Beli 2 stiker. Lepas beli terus balik. Babah sampai rumah ibu pukul 11:00mlm sebab sebelum itu babah singgah minum teh tarik di kedai simpang. Lepas minum terus balik rumah. Sampai saja terus kemas barang2 dan mandi dan tengok dalam bilik ibu , ibu dan aliya sedang tidur lena sangat.

Balik malam ni tak ada buat kerja sangat. Semua ibu dah finishkan. Aliya pulak nampak mengantuk sangat. Jadi babah duduk dekat Aliya dan cium cium tangan ia saja


Catatan blog 28 Mei 2011


Pagi Aliya bangun seperti biasa utk minum susu

-Babah cuci pakaian
-Babah cuci kereta pukul 11 pagi

-Babah pergi tangkak dengan ibu baby dan aliya
-Bertolak pukul 3petang sampai pukul 9 malam
--Pergi rumah kakak ibu

No comments:

Post a Comment