My Blog


Sunday, May 22, 2011

Aliya genap 8 bulan umur is, Baby genap 5 bulan umur ia :-) Alhamdulillah kami bersyukur di atas anugerah ini

Semalam Aliya mengantuk sangat. Walaupun sememangnya mengantuk Aliya tak mahu tidur.Sejak malam tadi hingga pagi ni Aliya tidur dalam buaian. Lena terus. Kali ke 3 letak baru pejam mata Aliya. Sebelum ni mmmm tak mahu Aliya tidur. Bila dah tidur Aliya nyenyak habis. Tambah lagi dengan penat sebab Aliya aktif sangat. Aliya hanya terjaga pukul 2 pagi tadi. Seperti biasa kena bagi susu. Lepas susu kena tukar pampers. Bila ibu tukar pampers Aliya akan jadi cergas. Nak bermain dan tak mahu tidur. Babah ibu melayan juga kerenah Aliya ni tapi kalau lama sangat tak boleh di biarkan. Hampir 1 jam layan Aliya babah ibu pun dah mengantuk jadi terpaksa letak dalam buaian. Mula mula tu tak mahu tidur. Aliya nak keluar. Terangkat terangkat kepala nak keluar tapi babah tak angkat pun walaupun kasihan. Tapi ada juga babah bagi peluang pada Aliya untuk berdukung. Jadi babah angkat dahn dukung ia. Tapi sekejap saja lah. Lepas tu masukan semula Aliya dalam buaian....

Lama lama bila kena buai tu Aliya lena juga. Gosok gosok mata pusing sana sini akhirnya Aliya tidur. Nyenyak. Babah tidur dekat dengan Aliya jadi babah yang buaikan. Kekadang gilir gilir dengan ibu. Pagi ni babah ibu bangun awal juga. Solat subuh. Aliya tak terjaga pun. Aliya bangun lewat hari ni. Bbah dengan ibu bila dah siap solt tu babah ibu rendam kan pakaian untuk di cuci. Dah siap semua babah ibu tidur semula. Babah ibu terjaga kemudian pukul 9 pagi. Aliya pula selepas tu. Aliya mandi lewat hari ni. Pukul 9 pagi baru mandi. Lepas tu tak tidur dah sebab ibu plan nak balik kampung dengan wan.

Hari ni pulak ibu plan nak balik kampung dengan mak sebab saudara ada majlis cukur jambul. Bertolak dari rumah pukul 1145 pagi dan sampai ke kampung ibu tu dalam130 tangah hari. Di sana cuaca hujan. Redup je suasana kampung ibu. Kalau hari hujan rumah kampung tak panas. Selesa lah. Bukan apa nak Aliya selesa je. Dalam perjalanan tadi Aliya telah *****. Bau 1 kereta :-). Tapi babah tak rasa apa pun. Sampai rumah kampung terus babah ibu cuci Aliya. Lepas tu ibu bagi Aliya makan tengah hari. Lepas Aliya makan kami babah ibu Aliya dan wan bersama saudara yang lain pergi ke rumah saudara ibu yang buat majlis cukur jambul tu. Dalam 3 kereta kesana.

Dalam pukul 3 petang kami kesana.Tak lama perjalanan tu. Dalam 20 minit kami sampai. Orang tak ramai pun Mereka hanya buat untuk family kot. Rumah besar. Sampia dan kami terus masuk dan menjamu selera. Family lain bersembang sembang lah. Aliya pulak sekejap orang lain pegang sekejap orang lain pegang tapi lama sikit Aliya akan menangis juga. Pukul 430petang kami pulang. Pukul 5 petang Aliya makan dan mandi pula pukul 6 petang. Aliya memang tak cukup tidur hari ni. Asyik mengosok mata saja. Petang cuaca panas jadi rumah tu panas lah. Aliya sampai ibu buka kan baju. Hari ni Aliy aminum banyak air susu dan air suam.

Pukul 730 kami pun pulang ke rumah ibu di ****. Aliya tidur dalam kereta. Ngantuk sangat. Hujan dalam perjalanan pulang ni. Hampir pukul 9 malam kami sampai. Aliya tidur juga bila sampai tu. Sampai je ibu terus bawa Aliya masuk bilik dan letak atas tilam. Tak jaga pun Aliya. Sekarang pukul 1:16 pagi (Ahad) Aliya tak terjaga pun. Lena d ulit mimpi kot :-)

Apa yang menanrik untuk hari ni adalah seperti tajuk di atas. Aliya sudah 8 bulan dan baby sudah 5 bulan umurnya.

Esok sambung lagi

No comments:

Post a Comment