My Blog


Saturday, May 14, 2011

Catatan blog 13 Mei 2011 - TRAGEDI


Satu TRAGEDI berlaku pada Aliya kami. Aliya jatuh dari katil ibu setinggi hampir 2 kaki

Kejadian berlaku pada pukul 150pagi. Babah kan tidur bawah. Aliya dengan ibu tidur atas katil. Sebelum babah tidur tadi babah tengok Aliya melekat je dengan ibu. Lena tidur nya. Ibu pun sama. Lagi pun babah dah letak 1 bantal sebelah kanan sebagai penghalang Aliya jatuh dari katil kalau Aliya golek ke kanan nanti. Babah fikir semua ok dan tidur...zzzzz.zzzzz.zzzzz

Tengah tengah tidur tu (pukul 150pagi) tiba tiba babah terjaga sebab ibu menjerit kata Aliya dah jatuh dari katil. Babah tengok Aliya dah kat bawah katil. Aliya jatuh tapi macam nak bangun semula. Aliya menangis kuat. Babah terus ambil dan dukung Aliya. Babah peluk Aliya. Ibu menangis. Babah sambil dukung tu baba pujuk Aliya. Babah baringkan Aliya. Tapi Aliya tetap menangis. Bbah dan ibu risau sangat. Babah dukung Aliya.Babah urut belakang Aliya. Ibu bangun. Aliya hulur tangan pada ibu. Aliya nak ibu. Ibu dukung Aliya. Ibu baringkan Aliya. Ibu bagi susu pada Aliya. Aliya menyusu dengan ibu sambil menangis. Menangis sebab sakit jatuh tu lah.

Tapi lama lama Aliya diam sambil menyusu. Dah puas menyusu Aliya pandang babah dan ibu. Aliya pegang pegang muka ibu. Aliya pandang babah dan senyum. Walaupun Aliya dah jatuh katil tapi Aliya masih kenal babah ibu. Babah fikir macam tu. Tapi babah tetap risau. Risau sebab tak tahu macam mana Aliya jatuh dari katil. Babah dengan ibu takut Aliya mengalami kecederaan dalaman dan patah kat mana mana anggota badan ke sebab katil tu tingginya 2 kaki.

Tapi lama lama Aliya tunjukan reaksi macam biasa. Macam tak apa apa. Macam tak jatuh. Aliya ceria dan lasak. Babah dengan ibu tetap risau. Ibu bagitau wannya dan atuknya. Atuk dan wan kata jangan risau sebab tengok aliya macam tak apa apa. Atuk minta babah buatkan air gula suam bagi Aliya minum sikit. Petua agaknya. Babah pun buatkan. Aliya minum sikit.

Dalam pada tu Aliya sempat main main dengan wannya. Babah dengan ibu pada mulanya nak bawa Aliya jumpa doktor. Atuk dan wan kata tak perlu lah. Babah dengan ibu nak bercuti hari ni sebab nak bawa Aliya ke hospital. Bila keadaan dah tenang semula. Babah ibu bawa aliya masuk bilik semula.

Babah kata pada ibu tilam kena letak bawah sebab takut aliya jatuh lagi sekali dari katil tu. Ibu setuju. Babah turun kan tilam ke bawah. Babah ibu aliya tidur bawahlah. Aliya menyusu sambil tidur. Aliya nampak ok je. Tak merengek pun. Lena tidurnya. Pukul 4 pagi semua tidur semula. Pukul 530 pagi babah bangun. Simpankan air dalam botol Aliya. Pukul 6 pagi ibu dan aliya pun bangun dari tidur. Wan aliya bangun lewat. Sambil babah ibu bersiap nak pergi kerja wan jaga Aliya. Pukul 6 pagi siap mandi babah solat babah gosok baju kerja babah ibu , babah juga cuci baju Aliya yang babah rendam pukul 6 tadi. Ibu pun sama wan jaga Aliya sebab wan nak solat subuh juga.

Pukul 712 pagi babah ibu pergi kerja. Aliy atidur semula dalam buaian kat depan. Babah dengan ibu pesan pada wan kalau aliya apa apa macam menangis ke demam ke terus call babah ibu. Keadaan Aliya nampak normal. Sihat...........

Dalam perjalanan pergi ofis dalam kepala babah tetap risau keadaan aliya tu. ibu pun sama. Bincang punya bincang akhirnya babah ibu ambil keputusan nak bawak Aliya jumpa doktor hari ni jugak. Tak sedap hati takut Aliya cedera kat mana mana. Babah ibu pergi hospital untuk bertanya pada ****** dan semua cadangkan yang Aliya mesti di bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan.

Babah denga ibu ambil keputusan untuk bercuti 1 hari untuk uruskan Aliya. Dari ofis ibu tu babah ibu balik semula ke rumah untuk bawa aliya ke DEMC. Ibu call wan pukul 9 minta siapkan aliya. Aliya masa tu baru je sudah mandi. Wan kata ok. Pukul 10 pagi babah ibu sampai rumah. Aliya baru nak tidur. Tak jadi aliya tidur sebab babah ibu sampai. Terus aliya nangis bila nampak ibu. Gilir gilir lah dukung aliya ni.

Ibu siapkan beg Aliya dengan baju seluar napkin dan sebagainya untuk bawa aliya ke DEMC tu. 2 beg. 1 beg pakain yang perlu dan 1 beg lagi makanan susu dan air. Dah siap semua dalam pukul 1030 pagi babah ibu aliya bertolak ke DEMC.

Sampai di DEMC ibu terus daftar Aliya untuk jumpa doktor. No 2051. Timbang dan check suhu. Suhu Aliya normal dan berat 5.7kg. Pukul 11 dapat jumpa doktor. Doktor bertanya kenapa dengan Aliya. Ibu kata Aliya jatuh katil Doktor terus periksa Aliya dan mendapati Aliya tak ada masalah apa apa. Lega babah ibu. Alhamdulillah syukur pada tuhan. Doktor check kepala badan kaki tangan mulut Aliya semuanya baik saja. Doktor kata tak perlu scan tapi kalau nak pun boleh. Tapi babah dengan ibu buat keputusan tak scan dan ambil pendapat doktor yang perlu buat masa 24jam ini hanya monitor Aliya.

Doktor kata kalau baby jatuh katil yang serius bila jatuh tak menangis, pengsan dan muntah 6x . Yang macam ni terus kena jumpa doktor. Tapi dalam kes Aliya ni Aliya tak ada macam tu. Aliya jatuh terus menangis. Aliya pun tak muntah. Aliya nampak seperti biasa.

Ok dah selesai jumpa doktor. Doktor pun kata tak perlu ubat. Terus balik dan tengok Aliya dalam 24 jam ni. Babah pergi kaunter bayaran. Kena caj RM14. Lepas bayar terus balik. Singgah 7E beli papers. Sampai rumah pukul 12 tengah hari. Aliya mengantuk sangat. Tapi Aliya kena makan sebelum tidur ni. Ibu siapkan makanan aliya. babah jaga aliya. Dah siap Aliya makan. Babah kena pergi masjid sebab hari ni hari jumaat. Aliya pun nak tidur. Ibu masuk Aliya dalam buaian. Ibu tidurkan Aliya. Babah pergi masjid.

Babah balik dari masjid aliya masih tidur lagi. Aliya ok nampaknya. Cuaca panas di luar sana. Kena aircond je lah aliya siang hari ni. Babah pun makan tenga hari. Ibu dah makan awal. Aliya dalam pukul 4 ptg terjaga dari tidur. Ibu bagi susu botol. Babah buatkan susu tu sebab ibu jaga Aliya. Aliya hari ni asyik mengantuk je. Risau babah ibu sebab petang nanti Aliya kena makan untuk yang kali ke 2. Pukul 5ptg bagi Aliya makan dan pukul 530ptg mandikan Aliya. Aliya mandi awal.

Lepas mandi susah pulak Aliya nak tidur. Masuk dalam buaian Aliya merengek. Keluarkan semula. Bawa berdukung lah je sampai petang. Pukul 7 malam baru Aliya nak tidur. Ibu jaga Aliya tidur dalam buaian. Ibu rasa nak demam pulak. Minta babah belikan Kueh Teow Kungfu. Babah pun keluar dan beli. Balik dari kedai bagi kat ibu. Ibu makan. Aliya masih tidur sampai saat ni pukul 1139malam masih tidur lagi. Babah dah selesaikan kerja rumah babah tu. Botol susu Aliya semua dah cuci dan lap.

Saat ni Ibu sdang tidur begitu juga dengan Aliya..............

Bersambung

1 comment:

  1. Kesian aliya laa.. tak tau mcama mana ibu boleh tak terjaga.. selalunye aliya akan merenegek klu dia terjaga tgh makan @ pun usik ibu @ babah.. Maybe aliya cari babah mlm tu kots... maybe aliya nampak babah kat bawah dia nak pi kat babah kots.. ntah laa hanya aliya & Allah yang tau... Ibu minta maaf sebab btol-btol trak sedar malam tu.. ibu pun tak tau nape....

    ReplyDelete