My Blog


Wednesday, May 18, 2011

Aliya menangis kuat bila nak menyusu awal pagi tadi

Aliya rasanya 2x terjaga nak menyusu pagi tadi. Tapi babah ok saja sebab babah tidur pukul 2 pagi. Saja berjaga sebab nak monitor Aliya tidur. Ibu tidur dah tapi kalau Aliya menangis ibu sedar cepat. Lagi pun babah kalau tidur lewat boleh lah gosok pakaian kerja sambil cuci cuci botol botol susu Aliya tu.

Aliya sejak sejak ni minum banyak susu Ammum tu. Cepat je susu Ammum tu nak habis. Tinggal suku tin lagi. Takpe esok babah beli 2 kotal susu Ammum untuk Aliya. Pagi tadi lepas minum susu Aliya tidur semula cuma risau sebab Aliya dah susah nak sedawa pulak. Lama buat tepuk kat belakang pun tak sedawa. Niarapkan pun Aliya tak mahu sendawa. Risau jugak. Tapi Aliya banyak buangkan anginnya. Rasanya Aliya ok kan  ....

Pagi tadi babah bangun pukul 545pagi. Tak kelam kabut sangat. Ibu pun bangun sama. Aliya pukul 6 pagi kot bangun. Ibu minta babah buat kan susu. Babah bualah. 4oz macam biasa. Habis juga lah Aliya minum tu. Lepas tu babah ibu bersiaplah nak pergi kerja. Gilir gilir layan Aliya dah dah terjaga tu. Bila dah nak pukul 7 pagi tu ibu bagi Aliya pada atuk nya sebab Aliya tak mahu dengan wan nya. Mungkin wan nya tengah masak Aliya tak mahu lah kot. Atuk denganbusu lah layan Aliya...

Senanglah ibu nak bersiap. Babah dah siap dah. Ibu pun solat last sekali. Lepas tu Aliya nak pulak pada wannya. Bila dah ok semua babah dengan ibu nak pergi kerja dah. Pukul 715 pagi bertolak dari rumah ke office. Wannya bawa Aliya kat luar supaya Aliya dapat tengok babah ibu pergi kerja. Aliya tengok je babah ibu pergi kerja. Aliya tak pandai nak melambai lagi. Nanti bila dah besar sikit Aliya pandai lah tu. Tapi petang babah ibu balik lah nanti .

Aliya tunggu ye............sayang Aliya muahhh

Babah ibu sampai rumah dalam pukul 7:15 pm. Ibu masuk rumah. Terus Aliya terjaga bila ibu masuk bilik. Masa tu Aliya tidur dalam buaian. Emmm tau je Aliya ni ye. Takpelah juga wan nya ada. Jadi bil aAliya jaga tu ibu tanya tanya lah wan nya pasal Aliya seharian kat rumah tu. Wan nya kata Aliya tak mahu tidur. Asyik nak main jer. Biasa lepas makan tu Aliya nak tidur. Tapi sejak sejak 2-3 hari ni tak mahu pulak. Penat lah wan nya melayan kerenah Aliya ni.

Pukul 2:30  last Aliya petang last Aliya minum susu lepas tu tak minum pun. Pukul 6:30 petang baru Aliy anak tidur tapi bila ibu babah balik pukul 7 pm tu Aliya dah jaga. Sampai ke malam Aliy atak mahu tidur tidur. Asyik nak main jer lah. Pegang sana pegang sini. Pegang buaian pegang remote pegang katil. Macam macam lah Aliya buat. Golek sana golek sini. Babah ibu dah tak terlayan lagi. Bagi susu juga lepas ibu dah siap mandi solat tu tapi tak habis sangat. Ada juga bagi air suam pada Aliya . Ok Aliya minum banyak. Rasanya Aliya kenyang sebab makan lewat hari ni.

Dalam pukul 10 malam ke 11 malam ke akhirnya babah ibu berjaya tidurkan Aliya juga. Dalam buaian juga. Pasang aircond dengan kipas sebab rasa macam panas pulak bilik. Tapi kat luar hujan renyai....... . Lena Aliya. Aliya ni sebenarnya mengantuk tapi pandai pulak Aliya menahan mengantuk. Ibu pulak perut tak selesa. Sakit sakit sejak minggu lepas. Batuk tak sembuh sembuh lagi. Risau babah tengok ibu ni. Kerja banyak kata ibu. Asyik meeting je. Semua ibu kena prepare :-(

Berbalik pada Aliya yang tidur tadi, Aliya terjaga dalam pukul 1 pagi tapi mata pejam pejam je. Babah ibu biarkan je. Aliya macam mengantuk sangat. Tisur semula. Selepas tu Aliya terjaga lagi dalam pukul 2:30 pagi. Ibu minta babah buatkan susu. Ok buatlah macam biasa 4oz tapi Aliya tak minum banyak. Ibu pun salinkan pampers. Berat pampers Aliya. Dah tukar pampers terus Aliya cergas. Mula mula layan juga tapi lama lama biarkan je Aliya main sorang sorang. Golek sana sini.Hampir pukul 5 Aliya masih tak tidur tidur lagi. Pening babah ibu.....

At last babah kata pada ibu masuk dalam buai lah je. Tengok nak tidur ke tak. Tidur Aliya akhirnya. Penat kot. Bagi sikit air suam tapi air suam tu sejuk kena aircond. Lepas ni kena hati hati tak boleh bagi air suam yg lama kena aircond. Sejuk air tu dah..


Tidur lah Aliya sampai pukul 7:15pagi.

Kita sambung lagi selepas ni............... :-)

No comments:

Post a Comment